Sunday, May 8, 2011

senarai tugasan untuk projek intel~~

Kegagalan dalam mengawal emosi marah akan menyebabkan pelbagai masalah sekiranya tidak dikawal. Emosi ini juga boleh menyebabkan tekanan perasaan seterusnya mengakibatkan berlakunya isu vandalisme dalam kalangan murid.

Oleh itu, kamu dikehendaki menggunakan kaedah mencari langkah penyelesaian untuk menyelesaikan pernyataan masalah yang dinyatakan.

Matlamat projek:

Mendedahkan kepada orang ramai mengenai pengurusan diri yang sistematik untuk mengawal perasaan marah dan dapat menguruskannya dengan betul.

Peranan murid :

Kamu dikehendaki menjadi wakil kepada Syarikat 3E iaitu sebuah agensi kaunselor di Malaysia dalam melaksanakan projek ini.

Sasaran :

Guru dan murid tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Clifford sebagai sasaran kamu bagi projek ini.

Senarai tugasan :

1. Menyediakan borang bancian untuk guru dan murid tahun 5 bagi projek kamu.
2. Daripada hasil bancian tersebut, kamu dikehendaki membuat beberapa cadangan penambahbaikan.

3. Hasil kajian dan cadangan penambahbaikan kamu hendaklah dibentangkan kepada pihak pentadbiran sekolah Kebangsaan Clifford.

4. Jadi, Syarikat 3E, pihak sekolah dan pihak berkenaan akan bekerjasama dengan kamu untuk mengadakan kempen, pameran, laman web, brosure dan sebagainya, bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang cara mengawal emosi marah dengan betul.

Tempoh :

Tempoh pelaksanaan bagi projek ini adalah selama 5 bulan.

p/s : Semasa kamu semua menjalankan projek ini, sila layari laman web ini untuk menjawab persoalan berkaitan projek ini:



http://www.intel.com/about/corporateresponsibility/education/k12/tools.htm

2 comments: